petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 14 sen seliter kepada RM2.67 seliter bagi tempoh 21 September hingga 27 September ini.

Kementerian Kewangan berkata, bagi subsidi petrol RON95 dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan sepanjang tempoh itu ialah
RM123.16 juta.

Jumlah subsidi bagi tempoh ini lebih tinggi berbanding RM68.71 juta bagi tempoh 14 September hingga 20 September.

Ia berdasarkan harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama, masing-masing sebanyak RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter, kenaikan daripada RM2.23 dan RM2.29 seliter

Kenaikan harga minyak dunia dipacu oleh kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 September 2019 yang telah menjejaskan pengeluaran dan pengeksportan minyak negara tersebut. – MalaysiaGazette