Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa pelajar itu berseorangan diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna hitam.

KANGAR – Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki di kawasan rumahnya di Kampung Tok Kandang di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew ketika dihubungi berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semasa pelajar itu berseorangan diri di halaman rumahnya, sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna hitam.

Beliau berkata selepas kedua-dua lelaki itu meluru kearah pelajar berkenaan sebalik keluar dari kereta, pelajar yang ketakutan itu bertindak melarikan diri kerumah jiran, dan meminta tolong, sebelum kembali ke kereta dan terus melarikan diri.

Katanya selepas kelibat suspek tidak kelihatan, pelajar itu terus membuat laporan polis berkaitan kejadian yang dialami kerana ketakutan, dan tidak lama kemudia polis berjaya memberkas tiga lelaki berumur antara 24 dan 58 tahun, tengahari tadi bagi membantu siasatan.

“Tangkapan ketiga-tiga suspek itu dilakukan di sebuah lokasi di Simpang Empat ketika mereka berada di dalam kereta dan mereka (suspek) akan dibawa ke mahkamah untuk reman esok,” katanya dan menambah dua daripada suspek itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menculik.

— BERNAMA