KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya.

Menerusi Instagram miliknya, Azrinaz turut mendedahkan wajah anaknya selain maksud disebalik keindahan nama yang diberikan.

“Tepat selepas seminggu, kami sudah bersedia untuk mengumumkan nama yang telah dipilih.

“Selepas tahnik (yang akan saya kongsikan dalam posting seterusnya) kami telah memilih nama yang indah untuk anak perempuan kami, Areesya Malaykha.

“Dalam bahasa Arab, Areesya bermaksud tinggi dan kuat manakala Malaykha membawa maksud malaikat. Seperti seorang malaikat dari atas, itulah cara kami melihat anda… Areesya Malaykha,” tulisnya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 15 September lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11. – MalaysiaGazette