TERKINI : Saya Rindu Untuk Beraksi di Litar Sepang, Malaysia – Lewis Hamilton

KUALA LUMPUR – Pelumba Formula Satu (F1) pasukan Mercedes, Lewis Hamilton rindu untuk kembali beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang kali terakhir menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) pada 2017.

Juara dunia lima kali itu berkata, selepas menjuarai GP Sepang pada tahun 2014 dia masih tidak dapat melupakan kenangan berlumba Sepang yang merupakan antara litar yang mencabar dan sukar dalam kalender F1

“Saya tak tahu kenapa kita kehilangannya (SIC) saya rasa ia tidak seharusnya berakhir. Ada orang tanya saya pagi tadi di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) kenapa tak berlumba F1 di Malaysia.