Harimau kumbang yang ditemui di atas bumbung kediaman penduduk di Armentières sebelum ditangkap. foto Agensi

PARIS – Seekor harimau kumbang yang ditangkap minggu lepas selepas dijumpai berjalan-jalan di atas bumbung kediaman sebuah bandar di utara Perancis telah dicuri dari sebuah zoo.

Pekerja Zoo di Maubeuge mendapati pintu kandangnya patah apabila tiba di tempat kerja pada hari Selasa.

Rabu minggu lalu, penduduk di Armentières terkejut melihat haiwan itu berjalan di atas bumbung.

Panther, seekor harimau betina berusia enam bulan, ditangkap oleh pasukan bomba selepas melarikan diri dari individu yang membelanya.

Seorang doktor haiwan telah memberinya ubat penenang.

Haiwan yang seberat kira-kira 20 kilogram itu kemudian dipindahkan ke Zoo Maubeuge.

Harimau kumbang itu dipercayai mempunyai tuan, langsung tidak agresif.

Malah, kukunya telah dipotong dan ia berada dalam keadaan sihat.

Pemilik haiwan – yang namanya belum didedahkan – kini sedang dicari oleh pihak berkuasa Perancis kerana telah membahayakan nyawa penduduk tempatan.

Siasatan ke atas kehilangan haiwan itu dari zoo sedang dijalankan dan polis sedang menganalisis rakaman kamera litar tertutup. – MalaysiaGazette