Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Hujung tahun? Mak oiii, perbicaraan 1MDB dah habislah,” demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi apabila Ketua Polis Negara menyatakan keyakinan akan membawa balik Jho Low akhir tahun ini.

Jho Low adalah ahli perniagaan yang sedang dalam buruan dan paling dikehendaki susulan penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Puad berkata, senanglah kerja Peguam Negara macam ini kerana sebelum ini Tommy Thomas menyenaraikan Jho Low sebagai saksi yang ditawarkan.

“Macam mana boleh senaraikan “saksi hantu”?,” soalnya.

Sepanjang perbicaraan kes 1MDB yang sedang berjalan sekarang ini, dua saksi pendakwa Datuk Amhari Nazaruddin dan Datuk Sharol Azral Ibrahim Halmi sering menggunakan nama Jho Lo.

Dakwa mereka, Jho Lo bagi arahan, Jho Lo mewakili Najib, Jho Low dan Najib ada hubungan simbiotik dan lain lain. Kedua dua mereka ini mengenali Jho Low lebih awal sebelum 1MDB ditubuhkan.

“Semua itu dianggap “hearsay” kecuali jika Jho Low dapat diperiksa balas oleh kumpulan peguam bela.

“Masalahnya Peguam Negara menawarkan saksi yang tidak ada dalam negara.

“Hujung tahun baru dapat bawa balik. Hebat betul Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ni. Kebetulan ke?,” tanya Puad lagi.

Semalam, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tahu di mana ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low berada dan berharap rundingan membawa balik orang yang dikehendaki itu ke Malaysia dapat diselesaikan akhir tahun ini.- MalaysiaGazette

Saya nampak dia (Jho Low) di mana, saya tahu dia di mana – Abdul Hamid