Dr. Nur Amalina Che Bakri

KUALA LUMPUR – Doktor bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri bimbang dengan penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin menjadi kegilaan golongan muda ketika ini.

Menerusi hantaran di Twitter miliknya, Amalina berkongsi pautan artikel yang melaporkan 11 kematian di Amerika Syarikat didakwa berpunca daripada pengunaan vape.

“Setakat ini, ada 11 kematian yang berkaitan dengan vaping dan beratus-ratus orang mengalami masalah paru-paru dan sistem pernafasan.

“Kes masih lagi dalam siasatan Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Food and Drug Administration (FDA). Elakkan diri anda daripada terus menggunakan rokok elektronik atau vape,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaraan terbaharunya Amalina turut berkongsi laporan terkini berkaitan kes berkenaan.

“Kematian ke-11 di Amerika tidak dikaitkan dengan penggunaan dadah termasuk ganja/THC di dalam cecair vape.

“Mangsa yang mati hanya menggunakan vape nikotin. Sangat berguna untuk kita tahu punca sebenar kematian ini. Masih menantikan laporan dari CDC,” katanya.

Rokok elektronik atau vape kini menjadi alternatif untuk individu yang mahu berhenti merokok tetapi terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan ia berbahaya untuk kesihatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.