Nur Jazlan Mohamed

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan menyifatkan spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai calon terbaik pembangkang untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai sebagai mengarut.

“Mengarut,” katanya yang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kepada MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang spekulasi sebuah akhbar Cina yang mendakwa beliau adalah calon terbaik jika UMNO diberi laluan untuk bertanding.

Spekulasi itu dibuat menjelang penamaan calon oleh Barisan Nasional (BN) untuk PRK Parlimen Tanjung Piai yang dijadualkan pada 2 November ini.

Khabar angin itu berdasarkan pengalaman Nur Jazlan yang pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan memiliki darah Cina daripada sebelah ibunya.

Nur Jazlan, bagaimanapun tidak mengulas ketika ditanya sama ada mahu memikul tanggungjawab besar itu seandainya namanya dicalonkan. – MalaysiaGazette

Nur Jazlan berhijrah ke Tanjung Piai?