Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat hari ini memberi restu kepada presidennya hadir Kongres Maruah Melayu,

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya membuat ketetapan itu hari ini selarasn dengan hasrat Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ia sebagai tanda jiwa besar Pas bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional di negara ini.

Sebelum itu, Abdul Hadi menyatakan persetujuan untuk hadir kongres berkenaan pada 6 Oktober ini di Shah Alam.

Pada kongres yang sama, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyampaikan amanatnya kepada Melayu di negara ini.

Sebelum itu, Pas diketuai oleh Abdul Hadi bersama UMNO bekerjasama atas nama perpaduan ummah dan Muafakat Nasional.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Hadi Awang hadir Kongres Maruah Melayu Ahad ini