Eddin Khoo Bu Eng
Eddin Khoo Bu Eng

PETALING JAYA – Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) yang sepatutnya mengemukakan laporan akhir kajian kepada Kementerian Pendidikan semalam telah menundakan tarikh serahan.

Pengerusi PPDUEC, Eddin Khoo berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk melengkapkan laporan itu dan meminta diberi masa hingga akhir Oktober.

Beliau berkata, hanya satu laporan penuh akan dikemukakan dan bukannya dua laporan berasingan.

Eddin berkata, PPDUEC berfungsi secara bebas dan tidak menerima campur tangan kerajaan.

“Jika ditunda, ia adalah disebabkan permintaan saya, bukan atas arahan Menteri Pendidikan.

“Kelewatan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dan tidak berlaku campur tangan. Saya sendiri bukan jenis orang yang senang menerima campur tangan orang lain,” katanya kepada Sinchew Daily.

Eddin berkata, laporan yang bakal diserahkan itu lengkap dengan kenyataan teliti daripada 72 orang.

Beliau berkata, laporan akhir juga memuatkan cadangan daripada PPDUEC. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Laporan UEC menggembirakan semua orang

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.