Sunday, December 15, 2024
Home Politik Salleh pilih PKR kerana amalkan politik berbilang kaum

Salleh pilih PKR kerana amalkan politik berbilang kaum

Salleh Said Keruak

Katanya, beliau juga ingin membantu PKR dalam membawakan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, terutamanya di negeri bawah bayu itu.

Status permohonan Salleh Keruak sertai PKR tersebar

“Dalam kancah politik berteraskan kaum dan ekstremis yang boleh menggugat perpaduan serta kestabilan negara ketika ini, saya percaya PKR berada di landasan yang betul untuk menyelamatkan negara dari bencana ekstremisme,” katanya mengulas desas desus penyertaannya dalam PKR di laman blognya hari ini.

Menurut Salleh yang bertanding di Parlimen Kota Belud atas tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi tewas, beliau mengambil maklum tentang tersebarnya berita penyertaannya dalam PKR.

Mengakui telah membuat permohonan secara dalam talian, beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangan hasratnya itu.

PKR bincang penyertaan Salleh Said Keruak

Katanya, sejak menyertai dunia politik hinggalah ke hari ini, beliau kekal sebagai seorang moderate, progresif dan amat mendukung kestabilan.

Beliau turut percaya keputuan menyertai PKR adalah betul buat dirinya untuk menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khususnya, dan Malaysia amnya.

Salleh dan beberapa pemimpin UMNO Sabah meninggalkan parti itu pada Disember tahun lalu dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada masa depan negeri Sabah.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dari 1994 hingga 1996, kemudian menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri itu sebelum dilantik menteri Pusat. – MalaysiaGazette

Pandikar, Salleh Keruak tak boleh masuk PH – Rayer

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast