Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Penurunan merudum populariti Pakatan Harapan (PH) merupakan petanda baik kepada Basiran Nasional (BN), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, laporan daripada Merdeka Centre itu memberi peluang cerah kepada pembangkang untuk merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada PH.

“Kalau dah turun sampai 35 peratus, saya percaya peluang di PRK Tanjung Piai (cerah), saya kata kita boleh menang sebab kekalahan pun tak banyak, 500 undi sahaja.

“Itu pun kerana tiga penjuru, kalau dua penjuru kali ini jadi peluang untuk menang lebih besar,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Ismail merujuk kepada laporan Merdeka Center yang mendapati populariti PH merudum 35 peratus berbanding 87 peratus pada Mei tahun lalu.

Justeru, beliau menasihatkan agar PH menerima laporan yang tidak memihak kepada mereka.

Pada pandangan beliau, peratus itu sepatutnya lebih rendah memandangkan pkini restasi PH yang tidak memberangsangkan.

“Kalau ada kajian tentang itu, kita kena percayalah, jatuh merudum kepada 3 peratus, itu bagus (kepada BN), saya ingat lebih rendah dari itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ismail berkata, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak bebas untuk sertai mana-mana parti yang disukai beliau.

Menurutnya, bekas Ketua Menteri Sabah itu telah keluar daripada parti, dan UMNO tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas beliau.

“Bebas untuk sesiapa nak sertai parti apa pun. Dia pun dah keluar dari UMNO.

“Bila dah keluar, bukan kuasa kita untuk tentukan ke mana dia nak pergi. Terserah kepada Salleh,” katanya lagi. -MalaysiaGazette