TERKINI : Pelawaan Tok Mat Untuk “Kerajaan Campuran” Hanya Pendapat Peribadi – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelawaan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH), UMNO dan Pas tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, cadangan itu hanyalah pendapat peribadi Mohamad Hasan.

“Cadangan Timbalan Presiden UMNO itu merupakan cadangan peribadi dan ianya tidak diputuskan dalam Majlis Tertinggi parti.