Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin.

KUALA LUMPUR – Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah mendapat anak ketiga semalam pada usia 60 tahun.

Lebih menggembiraan, bayi perempuan itu menjadi pelengkap buat dirinya selepas selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin secara pembedahan.

Diberi nama, Nur Azura Yamani dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam dengan berat 2.7 kilogram.

Jamal sebelum ini memberitahu dia bakal menimang anak perempuan dan ingin memberi nama Azura emandangkan nama itu merupakan karakter kuat dalam filem popular lakonannya, Azura.

Dalam pada itu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, hasil perkahwinan terdahulu. – MalaysiaGazette