Kevin McAleenan. foto Agensi

WASHINGTON – Ketua Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Kevin McAleenan melepaskan jawatan selepas enam bulan memegang jawatan tersebut.

Menerusi akaun Twitter, Presiden Donald Trump berkata, McAleenan mahu meluangkan masa bersama keluarga.

Penggantinya akan diumumkan minggu depan, kata Trump.

McAleenan, 48, adalah individu keempat yang bertanggungjawab mengetuai Keselamatan Dalam Negeri sepanjang tempoh pentadbiran Trump.

Beliau bertanggungjawab melihat polisi-polisi presiden yang mencabar terutama menangani isu sempadan Mexico.

Bagaimanapun, penganalisis telah mendedahkan hubungan bergelora antara kedua-duanya dan McAleenan telah mengkritik perbahasan imigresen.

Baru-baru ini beliau ‘dijeritkan’ oleh penunjuk perasaan pelajar di sebuah universiti di Washington DC. – MalaysiaGazette