KUALA LUMPUR – Malaysia kini boleh berbangga apabila penyerang sensasi skuad Bawah-18 negara, Luqman Hakim diiktiraf sebagai salah seorang daripada 60 pemain remaja terbaik dunia.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh The Guardian iaitu media antarabangsa yang berpengkalan di Britain, pemain muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu turut diakui sebagai salah seorang pemain yang wajar diberikan perhatian pada masa depan.

Malah dari kalangan 60 pemain itu, Asia Tenggara mempunyai dua wakil apabila bintang muda Thailand, Suphanat Mueanta turut tersenarai.

Luqman dan Suphanat adalah antara tiga pemain dari benua Asia yang tersenarai apabila pemain remaja Cerezo Osaka, Jun Nishikawa turut berada di dalam senarai pemain itu.

Antara pemain dikenali yang sebaris dengan nama Luqman adalah penyerang berusia 16 tahun Barcelona, Ansu Fati yang tampil sebagai pemain dan penjaring termuda kelab Catalan itu di La Liga sejak 1941.

Luqman kini diibaratkan sebagai pengganti Allahyarham Mohtar Dahari yang pernah mencipta nama antara penyerang lagenda negara apabila memukau dalam satu perlawanan persahabatan dengan Arsenal di Kuala Lumpur pada 1975. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast