CHICAGO – Peninju profesional warga Amerika Syarikat (AS), Patrick Day, 27, meninggal dunia empat hari selepas kalah menerusi kiraan knocked out, kata promoter, Lou DiBella.

Day yang tidak sedarkan diri diusung keluar dari gelanggang selepas tertarungan dengan Charles Conwell di Chicago pada Sabtu lalu yang mana beliau ditumbuk beberapa kali. Day menjalani pembedahan otak.

“Beliau memilih untuk bertinju, mengetahui risiko yang bakal dihadapi oleh setiap peninju apabila memasuki gelanggang tinju,”.

“Bertinju adalah sesuatu yang Pat (Patrick) suka,” kata DiBella dalam satu kenyataan seperti dipetik DPA.

Ketika DiBella mengakui bahawa kekhuatiran terhadap ‘tiada’ keselamatan dalam sukan itu, beliau menyifatkan kematian tersebut sebagai ‘iktibar’ untuk menjadikan ‘sukan tinju lebih selamat kepada mereka yang menyertainya’.

“Dengan cara ini kami boleh menghormati legasi Pat Day,” tambah beliau.

Conwall turut memberi penghormatan dalam surat yang ditujukan kepada lawannya itu menerusi akaun Twitter.

“Saya tidak bermaksud ia akan berlaku kepada kamu. Apa yang saya mahukan ialah kemenangan,” tulisnya.

“Jika saya boleh menarik balik, saya akan lakukannya,” kara Conwell samil menambah beliau mengkaji untuk meninggalkan sukan itu namun mendapat inspirasi daripada Day untuk terus bertinju kerana ‘anda merupakan seorang pejuang di hati(nya)’. – Agensi