Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan diselaraskan di bawah ‘Single Window, Single Offer’ bermula sesi akademik 2020/2012.

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi KPM atau IPGM perlu membuat permohonan melalui sistem UPUOnline yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar (BKPA), JPT dan dijangka dibuka untuk
pendaftaran dalam bulan Oktober ini di laman sesawang
http://upu.moe.gov.my

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah Bahagian yang menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej
Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam(ILKA).

Bagi sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presints 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya.

Pemohon juga boleh mengemukakan pertanya dengan menghubungi talian 03-88708200 atau menghantar e-mel di alamat [email protected] – MalaysiaGazette