Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Abdul Rahim Hashim berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 06 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Berikut adalah transkrip ucapan Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim dalam Kongres Maruah Melayu, 6 Oktober 2019.

Graduan UM, Wong Yan Ke mendakwa ucapan tersebut mempunyai unsur perkauman dan mendesak Abdul Rahim memohon maaf.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Terima kasih kepada tuan pengacara majlis. Yang Amat Berhormat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Yang Berhormat Dr Maszlee Malik, barisan pimpinan kerajaan, barisan pimpinan parti politik dan NGO, pegawai-pegawai kanan kerajaan, barisan naib-naib canselor, seluruh perwakilan Melayu, Bumiputra, Pribumi dan anak negeri, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah,bersyukur kita kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama hadir dalam Kongres Maruah Melayu pada hari ini.

Kongres yang dianjurkan secara bersama oleh empat buah universiti, mempunyai satu matlamat utama iaitu menyatukan orang Melayu bagi mengangkat semula kegemilangan umat Melayu di negara ini.

Usman Awang pernah berkata “Melayu itu pengembara lautan, melorongkan jalur sejarah zaman. Begitu luas daerah sempadan. Begitulah hebatnya Melayu. Merentas samudera, meneroka dunia.”

Tetapi, setelah 62 tahun merdeka, adakah kita masih menjadi bangsa yang diangkat maruahnya, dihormati kehebatannya. Tentu tuan-tuan dan puan-puan bertanya-tanya, mengapakah kita berada di sini.

Hadirin dan hadirat sekalian. Setahun yang lalu, berlakunya peralihan tampuk kepimpinan negara. Maka lahirlah harapan orang Melayu untuk melihat masa depan yang lebih terjamin. Malangnya, peralihan ini disulami perpecahan politik Melayu, sehingga menghilangkan dominasi politik Melayu.

Lebih parah lagi, selepas 62 tahun menikmati kemerdekaan, ekonomi orang Melayu masih ibarat melukut di tepi gantang. Ekuiti korporat Melayu Bumiputra sekadar 23.4%. Manakala bukan Bumiputra memegang 34.8% dan ekuiti asing 37.2%. Ini menunjukkan sasaran Dasar Ekonomi Baru masih belum tercapai.

Bukan itu sahaja. Jurang pendapatan isi rumah juga makin melebar, dengan jumlah pendapatan Melayu Bumiputra 3.5 kali ganda lebih rendah berbanding kaum Cina bagi purata Malaysia pada tahun 2016.

Dunia pendidikan pula semakin mencabar. Pendidikan kebangsaan disaingi oleh pendidikan berasaskan kaum. Bahasa Melayu bukan lagi tonggak sehinggakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercabar. Malahan, akhir-akhir ini, hak keistimewaan Melayu, agama Islam, institusi raja, mulai dipersoalkan satu-persatu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Bukankah kuasa politik itu seharusnya milik kita. Bukankah hasil-mahsul negara ini sepatutnya memakmurkan kita. Bukankah pendidikan itu boleh menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Bukankah hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya sudah selesai.

Justeru itulah, berdasarkan persoalan-persoalan yang dibangkitkan, Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya, bersama dengan Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi MARA, bergabung tenaga bagi meneliti kegusaran dan keresahan orang Melayu Bumiputra.

Untuk makluman semua, sebanyak 5 kluster telah ditubuhkan bagi membincangkan isu berkaitan politik melayu, budaya melayu, pendidikan melayu, ekonomi melayu dan agama Islam. Kluster-kluster ini telah melaksanakan 12 sesi perbincangan meja bulat melibatkan 360 orang tokoh dan pakar serta 5 sesi bengkel melibatkan 1500 orang peserta yang mananya 17% daripadanya adalah golongan belia. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, maka pada hari ini, resolusi setiap kluster yang telah bersidang akan diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Tun, selaku tunjang pimpinan tertinggi Melayu negara ini, bagi memastikan maruah Melayu terus terbela.

Kami berharap, dapatan kongres ini menjadi ikrar penyatuan tanpa mengira latar ideologi, demi maruah dan masa depan orang Melayu.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Selaku Pengerusi Penganjuran Kongres Maruah Melayu, saya amat gembira melihat sambutan luar biasa yang diberikan kepada kongres ini atas nama perpaduan Melayu. Ini menunjukkan Melayu Islam di negara ini mampu bersatu demi perpaduan bangsa dan kemajuan negara. Dalam konteks negara ini, adalah mustahil kemajuan dapat dicapai tanpa penglibatan kelompok majoriti dalam kalangan anak negeri.

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili jawatankuasa penganjuran mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tun, kerana sudi hadir dalam Kongres ini. Kami berharap resolusi yang akan diserahkan mendapat perhatian dan tindakan daripada semua pihak yang bertanggungjawab. Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan kongres ini terutamanya petugas sekretariat yang bersengkang mata bagi memastikan kongres penting untuk umat Melayu ini berjaya dilaksanakan.

Semoga Allah S.W.T. memberi kekuatan kepada kita untuk terus mengangkat maruah Melayu di negara ini demi memartabatkan Melayu Bumiputra, Melayu Islam dan membangunkan negara ini bersama kaum-kaum lain.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

7 Komen

  1. Begitulah bila fikiran di hasut oleh parti politik seperti DAP…yg tak faham bahasa Melayu…atau senaja tak faham …akan menimbulkan ketegangan kaum suatu hari nanti…bangsa laknat DAP yg mempunyai acara tersembunyi…

    • Tang mana yang menghasut? Elok saman jer suara2 yang memfitnah tu. Biar depa belajar bahasa melayu lebih sikit lps ni sebelum buka mulut menabur fitnah membabi buta.

  2. Jangan gentar dengan sandiwara bangsa lain. Melayu terus bersatu mempertahankan tanah asal nenek moyang melayu.
    Jangan menoleh kebelakang lagi dan Melayu teruskan kehadapan maju dan bersatu.
    Kaum Melayu segera buangkan perselisihan sesama kaum dan kembali bersatu dibawah naungan dan keredaan Allah Yang Maha Esa.
    Jangan takut dengan sesiapa dan hanya takut pada Yang Maha Esa sahaja.
    Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar.

  3. Kita tidak boleh memadam sejarah. Bumi yang kini dikenali sbg Malaysia asalnya adalah tanah org Melayu. Ini boleh dilihat semasa British mula menguasai negara ini. Sesiapa yg lahir di Pulau Pinang mereka adalah rakyat tanah Jajahan mahkota British termasuk Melayu. Namun di negeri yg Beraja org Melayu merupakan rakyat Raja dan yg bukan Melayu menjadi “stateless citizens”. Kemasukan bangsa asing ini adalah kerana kedudukan negara ini yg strategik sehingga ia menjadi tumpuan kpd org asing. Apabila British mula menguasai dunia, spt di Palestin, the greater India dll, Tanah Melayu juga tidak terlepas dpd menjadi acuan mengikut kehendak mereka.
    British yg hampir bankrap akibat WW II tak mampu membawa pulang rakyat2 mereka ke England dan bangsa2 lain juga mahu kekal di negara ini. Maka berlaku kompromi di antara Raja2 Melayu selaku wakil bangsa Melayu dgn British dan bangsa2 lain ini sehingga wujudnya Malaysia yg mana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang2 teragung di negara ini.
    Sbg rakyat (bukan bangsa) Malaysia kita bukan shj harus menghayati Perlembagaan Persekutuan itu, tetapi harus menghormati dan akur dgnnya. Barulah negara ini makmur.

  4. Mari Kita tanya yan ke… Kalau mahu sangat tanah melayu ini jadi tanah Malaysia mari Kita hapuskan sekolah vernacular… Jika Tak setuju maka tanah ini tetap tanah melayu… Ada paham Yan ke???

    • Inilah korupsi yg telah berlaku dlm sistem pendidikan negara ini. Tujuan asal sekolah vernacular wujud adalah bg bangsa bukan Melayu meng-asimilasikan pemikiran dan ketatanegaraan mereka kpd negara ini dgn menggunakan bahasa ibunda mereka. Sepatutnya kewujudan sekolah vernacular ni terhad tempohnya dan bukan berterusan sehingga tiada nokhtahnya. Pemimpin2 dahulu lepa.
      Jika dilihat dr sudut undang2 sekolah vernacular ini tiada diperuntukkan dlm Perlembagaan Persekutuan berbanding dgn sekolah agama Islam.
      Tetapi apa yg telah berlaku peruntukan diberi dan kini peruntukan itu melebihi sekolah agama dan sekolah kebangsaan dr segi ratio.
      Inilah masalahnya bila kita tidak meluhurkan Perlembagaan itu spt pd Rukun Negara yg diucap setiap minggu setiap bulan setiap tahun.

Comments are closed.