Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencontohi ibunya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kalah saman fitnah dengan Felda.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dalam saman fitnah itu, Dr. Wan Azizah perlu membayar kepada agensi berkenaan sebanyak RM2 juta, namun selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih, beliau diberi diskaun sebanyak 96.5 peratus.

Dengan itu, katanya, atas dasar kerajaan PH yang sangat baik hati, Timbalan Perdana Menteri itu hanya perlu membayar RM70,000, bukan RM2 juta kepada Felda.

Menurut beliau, mahkamah mendapati Dr. Wan Azizah telah memfitnah Felda apabila menuduh agensi itu sudah bankrap dan mengarahkannya membayar RM2 juta kepada Felda.

“Dan Kak Wan pun bayar kepada Felda yang dikatakan sudah bankrap itu, sekali gus mengaku bahawa mereka telah fitnah agensi berkenaan.

“Dengan semangat yang sama, Nurul Izzah patut beri diskaun 96.5 peratus juga kepada Ahli Parlimen BN (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan bekas Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar). Ambillah RM29,750 sahaja. Kenapa mahu RM850,000?,” katanya dalam posting Facebooknya hari ini.

Najib merujuk posting itu yang menunjukkan kegembiraan penyokong PH dengan berita Nurul Izzah menang kes saman fitnah sebanyak RM850,000 terhadap Ismail Sabri dengan Khalid.

Bekas Presiden UMNO itu turut membidas penyokong Nurul Izzah yang menggunakan berita kemenangan itu sebagai bukti BN adalah pemfitnah, sedangkan mereka lupa ibu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga kalah saman fitnah dengan Felda.

Nurul Izzah menyaman Ismail Sabri dan Khalild selepas gambarnya bersama Jacel Kiram yang diambil pada tahun 2015 dimuat naik oleh Puteri Sulu itu sendiri.

Jacel Kiram adalah anak kepada dalang utama pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013, di mana banyak nyawa telah terkorban, dan seperti ayahnya yang menggelarkan diri sebagai Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram juga tegas untuk “mengambil balik” Sabah.

Kata Najib, Nurul Izzah tidak menafikan bertemu Puteri Jacel Kiram pada tahun 2015, tetapi katanya tidak ada bukti dia bersubahat dengan Puteri Sulu itu untuk menuntut Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Xxx jgn layan sgtla debat xx sama shj,apa implikasinya,klu menang jadi arang,kalah jadi abu,apa untung&manfaat yg akan di perolehi oleh ke dua2 belah pihak,walhasilnya itu adalah suatu amalan syaitan,kerja2 iblis laknatullah,sila ruju’kitab ehya’-ulumuddin,juzu’ ke 2,&ke 3,,,bacala usah asyik sikit2 debat,kerja buang masa,bodoh,&sebgainya mcm xx profesional,mcm xxx sek…..

Comments are closed.