KUALA LUMPUR – Seorang lelaki hari ini tampil memberikan kenyataan berhubung seorang usahawan wanita yang didakwa sebagai transgender.

Menurut pengguna Facebook Nasir Yaacob, pengguna nama ‘Cleopatra_x3’ itu adalah bekas isterinya dan ibu kepada dua anaknya.

“Perempuan viral dgn Syed Sadiq (Menteri Belia dan Sukan) itu ex-wife (bekas isteri) sy. Dia perempuan tulen bkn trans gender. Dia ibu kpd 2 anak sy,” katanya di status beliau hari ini.

Dalam pada itu, Nasir turut menyeru orang ramai agar berhenti memfitnah bekas isterinya itu di media sosial.

“STOP fitnah dia. Dan biarlah dia dgn dunia glamour dia,” katanya di Facebook.

Nasir merujuk kepada laporan MalaysiaGazette yang memaparkan kenyataan Syed Saddiq mengesahkan bahawa wanita yang bersama beliau di satu mesyuarat di pejabatnya adalah wanita dan bukannya transgender sebagaimana yang didakwa netizen.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai diorang guna perkataan pondan.

“Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung,” kata Syed Saddiq menerangkan dakwaan bahawa ‘Cleopatra_x3’ itu adalah pembantu peribadi ataupun setiausaha beliau. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2019/10/22/cleopatra-bukan-transgender-syed-saddiq/