Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (dua kiri) diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas (kiri), Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal (tengah) dan Guru Besar SK Bukit Pasir, Shaharuddin Eusop (kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada Pelancaran Program Sekolahku Universiti di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menunggu laporan daripada universiti-universiti tempatan berhubung laporan mahasiswa hidup bersesak-sesak di rumah sewa susulan kadar sewa yang tinggi di luar kampus.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, sehingga kini pihaknya masih tiada sebarang maklumat mengenainya dan beliau sedia membantu mana-mana mahasiswa yang terbabit sekiranya wujud keperluan.

“Kita masih menunggu laporan daripada universiti, kita sudah ambil maklum dan saya sedang tunggu laporan daripada universiti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Sekolahku Univerisitiku di Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Berita Minggu yang mendedahkan kadar sewa rumah kos rendah di sini mencecah RM1,500 sebulan.

Keadaan itu telah memaksa mahasiswa di sebuah universiti hidup bersesak-sesak bagaikan pekerja asing yang menyewa beramai-ramai sehingga 20 orang di sebuah rumah sewa. – MalaysiaGazette