Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan digesa supaya lebih tegas berhadapan dengan ‘serangan’ bertali arus pihak tertentu kebelakangan ini.

Gesaan itu yang disuarakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2020 di Parlimen semalam berikutan berlaku insiden besar terhadap sektor pendidikan negara.

Kata beliau, sekurang-kurangnya tiga insiden berlaku iaitu kes debat Piala Tun Razak, graduan biadab dalam majlis konvokesyen sebuah universiti awam dan penyebaran komik ‘Inisiatif dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang mempunyai unsur propaganda melampau.

“Insiden ini yang berlaku dalam tempoh bulan ini menunjukkan beberapa kelompongan, betapa longgarnya pemantauan terhadap sektor pendidikan negara.

“Apa membimbangkan keterlibatan ahli politik DAP yang jelas menyokong insiden berkenaan khususnya terhadap graduan yang telah melakukan provokasi di atas pentas konvokesyen.

“Tidak kurang juga tindakan 43 pimpinan akar umbi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah larangan penyebaran komik berkenaan di sekolah,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Semua itu, jelas beliau, bertentangan dengan falsafah pendidikan negara dan lebih malang lagi ia menyentuh perkara sensitif negara.

“Apalah guna sebuah kebebasan jika tiadanya nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi rukun kepada negara,” ujarnya.

Nik Mohamad Abduh sedih apabila tangan politik kotor yang membelakangi keluhuran budi pekerti kelihatan secara nyata mempromosikan kebebasan tanpa batas, sekali gus mencemarkan proses pembinaan sahsiah anak bangsa.

Inilah katanya, akibat kegagalan pihak kerajaan mendefinisikan maksud hak kebebasan bersuara dengan sempurna. Ia menjadi tiket kepada perlanggaran terhadap nilai murni dan tinggi yang telah sekian lama kita junjung.

Justeru, beliau menyarankan kementerian itu lebih berwaspada dan bersikap tegas terhadap anasir yang boleh meruntuhkan keutuhan sosial dalam negara melalui penyerapan racun ke dalam sektor pendidikan.

“Ini bagi memastikan sektor pendidikan negara sentiasa menjadi medan utama penyatuan rakyat pelbagai agama, bangsa dan budaya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Cina DAPIGS ni mana ada akhlak….biadap kurang ajar..ideologi sosialis kominis …hati pun kominis mcm rejim Khner Rouge,Junta Nyanmar,Korea Utara,Singapura…rakyat menentang propaganda…ditekan sampai sengsara…

Comments are closed.