Kim Jong Un melakukan lawatan di Gunung Kumgang. Gambar ini diedarkan oleh agensi berita KCNA pada 23 Oktober 2019.

SEOUL – Korea Utara mahu kemudahan-kemudahan pelancongan yang dibina Korea Selatan di resort pelancongan di Gunung Kumgang mesti dirobohkan dan dibangunkan semula dengan kaedah Pyongyang.

Gunung Kumgang terletak dalam zon industri Kaesong menjadi projek ekonomi antara dua Korea, juga simbol kerjasama antara kedua-dua jiran itu.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang melakukan tinjauan di perairan timur Korea Utara berkata, ia adalah idea yang salah untuk melihat Gunung Kumgang sebagai simbol hubungan dua Korea memandangkan ia adalah tanah dan lokasi pelancongan Korea Utara.

Lantaran itu, katanya, Gunung Kumgang tidak sepatutnya di bawah kawalan Korea Selatan.

“Kami akan sentiasa mengalu-alukan rakan senegara dari selatan jika mereka mahu datang ke Gunung Kumgang selepas ia dibina dengan hebat sebagai destinasi pelancongan peringkat dunia,” tambah Kim.

Korea Selatan dibenarkan untuk melawat Gunung Kumgang bermula pada tahun 1998 melalui laut dan darat dari tahun 2003.

Firma Korea Selatan seperti Hyundai Asan Corp juga melabur di resort pelancongan tersebut.

Walau bagaimanapun, Korea Selatan digantung lawatan ke Gunung Kumgang pada tahun 2008 selepas seorang askar Korea Utara menembak seorang pelancong Korea Selatan yang telah mengembara tanpa sedar ke kawasan ketenteraan.

Kemudahan-kemudahan pelancongan yang dibiayai oleh Korea Selatan masih kekal di sana tetapi pelancong Seoul masih tidak dibenarkan susulan sekatan antarabangsa.

Kim mengkritik dasar “salah laku pemerintah dahulu” yang bergantung kepada orang lain untuk membangun tempat pelancongan.

Katanya, Gunung Kumgang mesti dijaga sebagai sebahagian daripada kawasan pelancongan yang lebih besar yang merangkumi kawasan pergunungan dan Wonsan-Kalma, KCNA berkata.

Wonsan-Kalma adalah projek pembangunan utama yang ditolak oleh Kim selepas dia berkuasa.

Kim berkata, Korea Utara perlu mendapatkan persetujuan dengan pihak berkuasa Korea Selatan untuk memusnahkan kemudahan yang dibina oleh jirannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast