Rizam Ismail

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli yang menyatakan mahu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) diterima dengan hati terbuka.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, beliau telah dihubungi Mohd Shaid dengan menjelaskan perkara itu setelah berasa tawar hati dan berasa sangat kecewa dengan kenyataan Ronnie Liu dari parti DAP.

Katanya, Mohd Shaid turut memberitahu beliau bersedia menjadi pembangkang pada sidang dewan nanti ekoran tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP yang dilihat semakin bermuka-muka dan sudah menunjukkan wajah sebenar parti itu yang sejak dulu lagi dikenali bersifat rasis.

“Saya menerima dengan hati terbuka jika benar YB Shaid Rosli sanggup meninggalkan Pakatan Harapan yang sedang berkuasa demi mempertahankan apa yang beliau rasa benar.

“Ini sangat baik bagi pihak pembangkang menambah ahli untuk proses semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri selangor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar berkata, apa yang menjadi keutamaannya hari ini ialah segala kepentingan rakyat Selangor diperjuangkan terutamanya kebajikan mereka yang perlu sentiasa dijaga.

“Saya yakin dan percaya bahawa jika benar hubungan antara parti parti di dalam pakatan harapan bergolak maka itu adalah perkara yang akan melemahkan pentadbiran negeri sebenarnya, kerana apa?

“Ini erana mereka semua tidak habis habis berpolitik dan langsung tidak menumpukan perhatian kepada urus tadbir kerajaan negeri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohd Shaid cabar Ronnie buang Bersatu daripada PH