Mohd. Shaid Rosli.
Mohd. Shaid Rosli.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli mencabar Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu mencadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) supaya membuang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) daripada gabungan itu.

Mohd. Shaid berkata demikian sebagai mengkritik kenyataan Liu yang sebelum ini menyifatkan PH akan tetap berkuasa tanpa adanya Bersatu.

“Saya cabar Ronnie Liu dan kepimpinan tertinggi DAP untuk membawa satu usul untuk membuang Bersatu dari komponen parti PH di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ronnie yang merupakan Ahli Dewan Undangan Sungai Pelek sebelum ini berkata, ketika PH sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sebaliknya mengejar model parti dominan Melayu ala Barisan Nasional.

Dengan memberikan contoh tindakan Mahathir menerima bekas pemimpin UMNO dalam Bersatu dan mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh jelas peralihan kuasa perdana menteri.

Sementara itu, Mohd Shaid dalam kenyataan sama menyifatkan kenyataan Liu sebagai ” biadap dan sangat sombong ” apabila menyatakan pendirian bahawa PH mampu membentuk kerajaan tanpa parti Bersatu.

Katanya, kenyataan Liu yang mempersoalkan kredibiliti Dr Mahathir boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam PH.

“Atas kesedaran ini, saya bersedia untuk keluar daripada kerajaan PH di Selangor sekiranya Ronnie tidak menghormati kepimpinan tertinggi PH. Ini adalah tindakan protes saya kepada DAP.

“Saya yakin dan percaya bahawa Mahathir mampu membina satu kerajaan baharu tanpa DAP sekaligus memadamkan keegoan DAP dengan membentuk gabungan kerajaan Melayu Islam yang baru,” tegasnyanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nampak tak cerdik betul di malaon rejim diktator pengganas-teroris komunis D4P-LTTE Ronnie Liu sebut istilah “agenda pelbagai kaum” tetapi doktrin pelbagai kaum yg tidak adil lagi tidak seimbang. Ini terbukti dgn pembentangan Bajet 2020, di mana pelbagai peruntukan utk kuam2 utama di negara ini tidak diagehkan secara adil. Ia tidak adil bukan saja dari segi peratusan, malahan dari segi ketetepan dalam Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial sendiri. Walaupun nampak bukan wakil D4P yg memegang teraju PM, TPM, Kementerian Luar, KDN dan seumpamanya, tetapi banyak ketentuan dibuat berdasarkan kehendak parti cauvinis-rasis ini. Malah, banyak sangat pencabulan yg dilakukan oleh puak2 radikal dari D4P yg begitu mencabar kesabaran Umat Islam dan Bangsa Melayu sejati. Jika berdasarkan peruntukan dlm Kontrak Sosial yg memberikan mereka peluang mencari makan, bermastautin malah mengundi, sebarang pelanggaran ke atas syarat2 Kontrak Sosial bererti segala persetujuan itu menjadi mansuh dan “hak2 istimewa” yg mereka nikmati sebagai kaum pendatang gugur serta-merta, termasuk hak kerakyatan. Ini juga bererti mereka boleh diusir dari negara ini kerana menjadi “persona non-grata”. Masih tidak nampaklah lagi pengganas-teroris D4P-LTTE ini hakikat sedemikian atau mereka mahu terus mencabar Umat Islam dan Bangsa Melayu sejati agar bangkit bukan saja mempertahankan hak asasi mereka, malah menguatkuasakan peruntukan pelanggaran perjanjian Kontrak Sosial? Renung2kanlah. Salam.

Comments are closed.