Menteri Pertahanan, Yb Mohamad Sabu (kanan) berbual sesuatu bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (kiri) pada Dialog Perwira 4/2019 bertema Kerta Putih Pertahanan : Mempertahankan Negara di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 24 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan selepas ini tidak wujud lagi tanggapan buruk kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk mengatakan tentera hanya makan dan tidur.

Beliau berkata, dengan wujudnya Tentera Pintar yang bakal diperkenalkan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) ia sekaligus dapat mengikis imej buruk tersebut susulan kehadiran tentera tidak kelihatan di kawasan bandar.

“Tak ada, mungkin publisiti tak ada dan sekarang ini negara aman, maka mereka (orang awam) tak sedar yang tentera sedang bertugas.

“Misalnya di ESSCOM mereka meronda di tengah laut dan ada mereka keluar ke laut beberapa bulan, itu tak dilihat,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada 13 Ogos lalu, pengasas Gamuda Bhd, Koon Yew Yin dalam blognya antara lain berkata ramai anggota tentera hanya makan dan tidur malah ramai antara mereka tidak pernah menembak.

Taikun itu juga mencadangkan anggota tentera dihantar bertugas ke ladang Felda sebagai salah satu kaedah untuk mengurang dan meningkatkan perkhidmatan awam di negara ini.

Mohamad juga berkata, kehadiran tentera di kawasan bandar hanya boleh dilihat orang awam sekiranya negara salam keadaan darurat sahaja.

“Kalau nak lihat tentera berada (bertugas) dalam bandar, itu negara sudah darurat bahawa tentera berada dalam bandar.

“Pemahaman itu perlu kita tingkatkan kepada rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast