Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) bersama Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata calon yang akan dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai jauh lebih muda berbanding calon Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin dia lebih muda, jauh lebih muda daripada itu (calon PH),” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu berkata BN tidak menyangka bahawa PH akan meletakan calon veteran kerana tindakan itu jelas bertentangan dengan dasar calon 18 tahun yang dikemukakan sebelum ini.

“Kalau saya cakap banyak, macam semalam mereka marah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad tapi calon yang diumumkan sudah berumur dan kita bercakap soal Malaysia Baru perlu beri ruang kepada golongan muda untuk bergerak lebih jauh dan hawa parti dengan lebih jauh.

“Ia bertentangan dengan apa yang kita anggap. Kita ingat mereka nak letak calon muda seperti yang disebut seorang juruterbang, muda tiba-tiba mereka letak orang yang sudah pencen,” jelas Ahli Parlimen Bera itu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menafikan dakwaan UMNO dan MCA gagal mencapai kata sepakat mengenai calon akhir di PRK Tanjung Piai.

Jelasnya, majlis yang diadakan di Pontian itu hanyalah majlis perasmian jentera BN dan bukannya program mengumumkan calon sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Tidak ada lah. Kita tidak umum sebab belum masa untuk kita umum. Dah sampai masa kita umum, kita akan umum.

“Sebab semalam cuma pelancaran jentera BN sahaja kita tidak mahu buat dua perkara dalam satu masa jadi kita lancarkan jentera dulu baru umum calon,” katanya lagi.

BN semalam dipertikaikan kerana tidak mengumumkan calon sebagaimana yang dilakukan PH yang mengetengahkan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon bagi mempertahankan kerusi Tanjung Piai. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Karmaine Sardini calon PH di PRK Tanjung Piai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast