Joel Matip

LONDON – Liverpool terpaksa mengetepikan pemain pertahanannya, Joel Matip selepas pemain antarabangsa Cameroon itu mengalami kecederaan berpanjangan.

Apa yang berlaku ke atas Matip itu akan menyebabkan beliau terpaksa berehat lebih lama, sekurang-kurangnya enam minggu.

Matip setakat ini beraksi dalam tujuh daripada 10 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Namun, dia hanya bermain satu daripada lima perlawanan terakhir kelab itu.

Bagaimanapun, dalam semua kejohanan, dia terpaksa diketepikan daripada juara Eropah ketika berdepan Tottenham Hotspur pada Ahad.

Pengurus Reds, Jurgen Klopp membayangkan kecederaan berlarutan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara berdepan Genk minggu lalu, tetapi sekarang ia kelihatan lebih serius daripada yang pertama.

“Ia bukan kecederaan yang besar, ia agak mengecewakan buat dirinya dan dia tidak dapat beraksi berdepan pasukan lawan,” kata Klopp.

Kecederaan itu mungkin sedikit melegakan Arsenal apabila berhadapan pendahulu liga perdana itu dalam pusingan ke-16 Piala Liga awal pagi Khamis ini.

Kecederaan tersebut sekal igus bakal menyaksikan pemain pertahanan itu terlepas aksi menentang Aston Villa pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette