Lim Teong Kim

KUALA LUMPUR – Khidmat Lim Teong Kim dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sebagai Pengarah Teknikal di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) akhirnya berakhir semalam selepas lima tahun.

Ia berikutan kontraknya bersama NFDP tamat pada 31 Oktober lalu sejak lima tahun lalu.

Kepulangan bekas pengendali Akademi Bayern Munich enam tahun lalu di arena pembangunan bola sepak negara menjadi perhatian selepas 12 tahun di Jerman.

Teong Kim,56, kembali semula ke Jerman semalam yang menyaksikan rata-rata pemain-pemain AMD yang berada dalam skuad negara Bawah 18 Tahun (B-18) memberi penghargaan di laman sosial masing-masing.

Tahun lalu, kontrak beliau selaku Pengarah AMD dan ketua jurulatih bagi NFDP dinilai semula selepas skuad B-16 negara gagal layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) di Peru.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyifatkan gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai perlu dikaji semula. – MalaysiaGazette