Satu objek misteri mencetuskan kontroversi apabila muncul di ruang langit Kaherah di sini baru-baru ini.

MESIR – Satu objek misteri mencetuskan kontroversi apabila muncul di ruang langit Kaherah di sini baru-baru ini.

Kemunculan sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai fenomena kewujudan objek terbang tak dikenali (UFO) sejak kebelakangan ini.

Video kemunculan objek misteri itu dimuat naik di Youtube pada 29 Oktober lalu dengan kapsyen ‘sesuatu yang pelik di langit’.

Video tersebut menunjukkan objek berbentuk silinder terang menyerupai cerut yang berpusing dan berputar di langit yang mendung di ibu kota Mesir itu.

Ia menyebabkan pemandangan aneh yang menakutkan bagi mereka yang melihat objek yang tidak bergerak itu.

Kemunculan objek misteri tersebut menjadi tumpuan apatah lagi dalam beberapa bulan kebelakangan beberapa objek pelik dilaporkan muncul di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast