Gambar hiasan. foto Agensi

SINGAPURA – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini disebabkan para pedagang masih berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah.

Prestasi itu turut didorong harapan pedagang-pedagang agar ada resolusi dalam pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan permintaan ke atas minyak.

Harga melonjak lebih daripada 3% pada hari Jumaat selepas dua ekonomi terbesar di dunia memaklumkan telah membuat kemajuan dalam perbincangan perdagangan manakala pegawai AS berkata, perjanjian itu boleh ditandatangani pada bulan ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Januari LCOc1 jatuh AS$0.26 kepada AS$ 55.94 setong pada 0125 GMT sementara bulan Disember, harga minyak niaga hadapan CLc1 berada pada AS$ 61.42 setong, turun AS$0.27.

Peniaga mungkin mengambil keuntungan ke atas minyak disebabkan ketidakpastian sekitar data makroekonomi dan laporan inventori minyak AS, kata Stephen Innes, ahli strategi pasar Asia Pasifik di AxiTrader.

“Saya rasa perbincangan perdagangan terus meningkatkan sentimen tetapi … peniaga minyak Asia mahukan data yang lebih meyakinkan dari sisi makro” sebelum menyokong minyak, katanya.

Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dijangka mengumumkan data pembuatan pada hari Isnin.

OPEC, Rusia dan pengeluar-pengeluar lain – kumpulan yang dikenali sebagai OPEC+ sejak Januari lalu telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta setong bagi tujuan menstabilkan harga minyak.

Namun, Rusia sekali lagi gagal mengurangkan sasaran pada bulan Oktober, menurut data Kementerian Tenaga. – MalaysiaGazette