Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Program Ceramah Umum Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan PDM Pekan Nenas Tengah, Johor. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2019

PEKAN NANAS – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai disifatkan sangat penting kerana ia boleh memberi laluan kepada UMNO dan Pas menjadi jurucakap kepada orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi aspirasi Muafakat Nasional, MCA kini perlu mendapatkan sokongan kaum Cina di Tanjung Piai dan orang Melayu juga wajar memberi sokongan kepada calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, suara Melayu boleh diangkat kerana MCA sebahagian daripada parti yang tergolong dalam Muafakat Nasional.

“Sekarang giliran MCA untuk dapatkan sokongan kaum Cina di samping menyokong aspirasi Muafakat Nasional.

“PRK ini sangat penting, kalau BN menang, UMNO-Pas benar-benar jadi jurucakap orang Melayu, bukan parti Bersatu yang hidup segan mati tidak mahu,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena PRK Tanjung Piai di sini sebentar tadi.

Menurut Khaled, Pakatan Harapan akan mendapat tekanan yang sangat kuat sekiranya BN memenangi PRK tersebut dan berkemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU15) akan berlaku lebih cepat lagi.

Malah, kemenangan calon BN juga dapat mengembalikan maruah Melayu Islam sebagai teras tanpa mengenepikan hak bukan Islam kerana MCA juga berada dalam Muafakat Nasional.

Naib Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Program Ceramah Umum Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan PDM Pekan Nenas Tengah, Johor. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2019

Dalam pada itu, Mohamad Khaled turut menekankan dua objektif Muafakat Nasional sebagai petunjuk agar pengundi Melayu di Tanjung Piai membuat pilihan terhadap calon BN pada PRK yang akan berlangsung 16 November ini.

Katanya, syarat pertama mesti wujud kekuatan politik Melayu Islam yang tujuannya supaya dapat berhadapan cabaran dihadapi masyarakat Melayu islam.

“Pendek kata, dengan wujud kerjasama kita dapat lahir kuasa politik Melayu dominan dan sangat kuat, mungkin kawasan kita majmuk, di kawasan dominan, kuasa ini akan mengalahkan PH,” ujarnya.

Katanya lagi, semasa PRU14 lalu, Pas bersendirian namun, kini telah bersama dengan BN yang terasnya adalah UMNO.

“Kita berusaha, aspirasi orang Johor, negeri Johor mesti menjadi Islamik, kita mesti mengukuh keterlibatan orang Melayu dalam ekonomi dan ketiga pertahan budaya orang Melayu,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hang masih tidak ada rasa Malu ke….(Presiden UMNO ada 72 pertuduhan mahkamah, lagi tak malu nak jadi juru cakap Rakyat/Penasihat UMNO ada berpuluh pertuduhan salahguna kuasa dan kedudukkan itupun hang masih tidak tahu malu canang nak jadi juru cakap bagi pihak rakyat).Malulah penyamun oiiii hang sendiripun KALAH PRU 14 dengan aib di 2 tempat.

Comments are closed.