BAITULMAQDIS – Israel meluluskan projek pembinaan kereta kabel di Baitulmaqdis, mengundang kritikan mengenai kos dan kesannya ke atas pertikaian tanah dengan Palestin.

Menteri Kewangan Israel, Mosshe Kahlon mengumumkan kereta kabel tersebut akan membawa 3,000 orang sejam ke Bandar Lama kedua-dua halam dari stesen pertama di Baitulmaqdis ke Western Wall.

Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Ze’ev Elkin berkata, projek tersebut merupakan usaha strategik untuk mempromosikan pelancongan di bandar itu, lapor UPI.

“Langkah demi langkah, kami menukar visi kepada kenyataan,” kata Elkin.

Laluan kereta kabel sejauh 1.4 kilometer itu akan merentasi bahagian timur Baitulmaqdis, yang mana pendududk Palestin dan banyak negara lain mengenalpasti kawasan tersebut sebagai kawasan yang diceroboh.

Gabenor Pihak Berkuasan Palestin untuk Baitulmaqdis, Adnan Ghaith menyifarkan projek itu sebagai ‘projek Zionis’ oleh kerajaan Israel.

“Mereka memulakannya dengan terowong bawah tanah dan kini mreka mahu ‘meyahudikan’ langit dan menukar setiap simbol Arab dalam bandar – batu, pokok dan penduduk,” katanya.

Pertubuhan Bukan Kerajaan Israel, Emek Shaveh juga mengkritik keputusan kerajaan itu yang meluluskan projek tersebut dan gagal meluluskan dana lain ‘untuk orang kurang upaya dan kesihatan’ ketika negara itu cuba membentuk kerajaan campuran. – Agensi