Tuan Ahmad Amar Tuan Azlan

KANGAR – Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Tahun 4 daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan dilaporkan hilang sejak semalam, berikutan beliau tidak pulang ke kediamannya di Kampus Unicity Alam, Sungai Chuchuh di Padang Besar dekat sini.

Beliau yang dikenali sebagai Tuan Ahmad Amar Tuan Azlan, 23, dilaporkan tidak kembali kira-kira 8 malam semalam dan keluar tanpa membawa telefon bimbit miliknya, dan sehingga sekarang tidak dapat dikesan manakala pihak universiti sudah membuat laporan polis mengenainya.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saat ketika dihubungi berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang telah dikemukan kepada pihaknya, namun Tuan Ahmad Amar masih gagal dikesan.

“Kita sedang berusaha mengesan orang hilang (Tuan Ahmad Amar) itu. Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian. Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang,” katanya.

— BERNAMA