Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat akan ditutup pada Isnin ini, 11 November sempena Hari Veteran.

Semua perkhidmatan di kedutaan itu termasuk temuduga visa, proses pasport dan perkhidmatan notari i akan dibuka semula pada keesokan harinya.

Bagi urusan kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu di talian 03-2168-5000.

Hari Veteran disambut bagi menghormati rakyat Amerika Syarikat yang telah berkhidmat dalam angkatan tentera.

Setiap tahun, upacara, perbarisan dan perkhidmatan keagamaan diadakan oleh masyarakat Amerika untuk mengiktiraf tentera yang berkhidmat dalam peperangan dan kedamaian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast