Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

PASIR SALAK – Seorang juruterbang terselamat selepas pesawat ringan dipandunya terhempas di kawasan Felcra Berhad Jejawi, Kampung Gajah dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi itu, Muhammad Zakwan Hakem Mazlan, 29, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya semasa kejadian, pesawat ringan jenis Gyrocopter tanpa penumpang itu hanya membawa muatan racun serangga bagi tujuan semburan di sawah padi peringkat 8 dan 9 Felcra Seberang Perak.

“Lokasi kejadian telah dikawal oleh anggota Balai Polis Jejawi dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah dimaklumkan mengenai insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – MalaysiaGazette