Mohd Nor Hamzah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu pusat tahfiz yang tidak berdaftar.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Mohd Nor Hamzah berkata, pemimpin terutama menteri agama di Jabatan Perdana Menteri tidak boleh terus menerus mengeluarkan kenyataan menghukum pusat tahfiz berkenaan.

Katanya, pihaknya tahu pembukaan institusi tahfiz di negara ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

“Ini membuktikan institusi tahfiz mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan ibu bapa yang cenderung memilih sistem pendidikan berasaskan hafazan al-Quran untuk anak mereka.

“Keadaan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kerajaan dengan mengambil langkah yang jitu bagi memastikan imej institusi tahfiz dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, penghantaran anak ke institusi tahfiz harus dipuji kerana ia usaha mulia dengan menjadi kemahuan sebuah keluarga mempunyai anak al-Hafiz yang mampu menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran.

Institusi tahfiz katanya, salah satu medium penting di zaman mencabar ini untuk memastikan pembentukan keperibadian mulia di kalangan anak dengan cara mendampingi serta menghafaz kalam suci al-Quran dan pembelajarannya, di samping usaha seiringan dengan kecemerlangan akademik.

Jika kerajaan hanya menyerang institusi tahfiz dengan fokus beberapa kes terpencil yang berlaku serta isu pendaftaran, bagaimana pula dengan sekolah biasa yang juga tidak terlepas dari kes sama.

Sehubungan itu, Mohd Nor mahu kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggerakkan secara serius agenda yang boleh membantu institusi tahfiz dari sudut peruntukan dana yang lebih besar.

Selain itu, penyediaan fasiliti pembelajaran serta SOP penguatkuasaan pendaftaran yang lebih mudah kepada pengusaha tahfiz swasta juga perlu diambil berat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tahfiz wajib kenal pasti latar belakang pelajar!!! biasa kita tenguk pelajar yg dihantar masuk tahfiz adalah pelajar yg bermasaalah sosial , tak layak ke sekolah awam kerana perangai mereka…
    ibubapa berharap pelajaran alQur’an membantu mereka jadi insan berguna untuk diri mereka sendiri!

    pelajar kumpulan ini yg membawa incident dan imej buruk kpd sekolahtahfiz!!!

Comments are closed.