Datuk Seri Amiruddin Shari

SHAH ALAM – Selangor mempunyai kira-kira 300 pusat tahfiz yang beroperasi dengan dua daripadanya tidak berdaftar dan satu diarah tutup kerana gagal mematuhi syarat.

Menteri Besar, Amiruddin Shari ketika menjelaskan perkara itu berkata, dua pusat tahfiz berkenaan didapati enggan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri walaupun sudah dinasihat supaya mendaftar.

“Sebuah pusat tahfiz lagi telah diarahkan supaya mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan sebelum kita benarkan beroperasi.

“Pusat tahfiz ini juga dinasihatkan mengemas kini pelan pembangunan premis mereka dan mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan,” katanya mengulas mengenai gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta ibu bapa memilih sekolah tahfiz berdaftar bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Menurut Aminuddin, kerajaan negeri telah mewajibkan semua sekolah tahfiz di negeri itu mematuhi prosedur pembangunan premis untuk menjaga keselamatan pelajar.

Beliau berharap, kejadian kebakaran yang mengorbankan banyak nyawa pelajar seperti berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur dua tahun lalu sepatutnya memberi pengajaran kepada pengusaha pusat tahfiz untuk mengambil langkah keselamatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast