Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua murid Tahun 6 boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada 21 November ini mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin berkata, waris dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

“Semakan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR<jarak>AngkaGiliran atau PASR<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 21 November ini dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 30 November 2019.

Katanya, semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.my/semakan. – MalaysiaGazette