Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajya. foto IQBAL BASRI, 11 NOVEMBER 2019

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap tiada keperluan untuknya membuat permohonan maaf kepada DAP Perak susulan kenyataannya baru-baru ini yang tular di media sosial.

Menteri Besar Perak sekali lagi mempertahankan dirinya tidak bersalah  dalam masa yang sama menegaskan kenyataannya disalahtafsirkan oleh pihak tertentu yang mahu mensabotajnya sehingga mencetuskan kontroversi.

Namun beliau tidak mengulas lanjut tentang tindakan sabotaj itu.

Malah beliau berkata insiden tersebut tidak menjejaskan hubungannya dengan  pemimpin DAP di negeri itu.

“Semalam saya bersama kawan-kawan DAP tiada masalah kami bersama-sama raikan Ulang Tahun Keputeraan Ke-63  Tuanku (Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  ) semua dalam keadaan gembira.

“Kenyataan saya diambil di luar konteks saya sudah jelaskan kepada Bersatu. Saya ada buat apa-apa salah?” Soalnya kembali ketika ditanya adakah beliau akan membuat permohonan maaf seperti yang didesak oleh Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh.

Wong terdahulu menegaskan Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak melalui rakaman video yang tular itu amat dikesali dan sangat memalukan. – MalaysiaGazette

DAP Perak gesa Ahmad Faizal minta maaf

1 Komen

Comments are closed.