Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin berucap pada Forum Kewangan Lestari di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia. foto SYAFIQ AMBAK, 12 NOVEMBER 2019

JAKARTA – Pembentukan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah satu komitmen serius dua pengawas selia kewangan Malaysia terhadap perubahan keadaan iklim.

Timbalan Ketua Eksekutifnya, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin berkata, matlamat JC3 adalah untuk mewujudkan tindakan bersama bagi membina daya tahan sektor kewangan Malaysia terhadap perubahan keadaan iklim.

Menurutnya, walaupun JC3 diterajui bersama oleh BNM dan SC tetapi anggota-anggotanya adalah dalam kalangan 19 peserta industri.

“Ia diwujudkan pada bulan September lalu, susulan kejayaan Persidangan Serantau berhubung Perubahan Iklim bertujuan tindakan segera bagi memastikan proses peralihan kepada ekonomi rendah karbon dibuat secara teratur dan lancar,” katanya pada Forum Kemampanan Kewangan bertajuk Perubahan Iklim: Risiko dan Peluang Dalam Kewangan Islam.

Forum berkenaan diadakan sempena Sidang Kemuncak Ke-14 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) di Pusat Konvensyen Jakarta.

Zainal Izla menambah, matlamat jawatankuasa ini adalah untuk membina keupayaan melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik dalam menilai dan menguruskan risiko berkaitan iklim, mengenal pasti isu, cabaran dan keutamaan yang dihadapi oleh sektor kewangan dalam menguruskan peralihan ke arah ekonomi rendah karbon dan
memudahkan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam melaksanakan penyelesaian yang terselaras bagi menangani cabaran dan isu berbangkit.

Ini termasuk menguruskan pendedahan kepada risiko iklim dan memudahkan perniagaan beralih kepada amalan yang mampan.

Bagi meneruskan agenda ini, JC3 mewujudkan empat jawatankuasa kecil yang memberikan tumpuan kepada pengurusan risiko, tadbir urus dan penzahiran, produk dan inovasi dan perbincangan dan interaksi serta pembangunan kapasiti. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.