TERKINI : “Kena Terima Pinangan?” YHA Travel Saman Azmin selepas Lamaran Ditolak

KUALA LUMPUR – Desas desus punca mengapa sebuah agensi pelancongan mengemukakan saman terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa terdapat tunggakan bil pelancongannya tidak akan menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa disebabkan keluarga beliau menolak pinangan keluarga pemilik agensi berkenaan.

Perkara itu didedahkan bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin di Facebook beliau.

“Keluarga YHA ini sakit hati lepas Haji Ayub dan isterinya Yasmin melamar anak perempuan Azmin dan mereka rasa terhina lepas lamaran ditolak Azmin sekeluarga… Oooo… Jadi Haziq Ayub turut terlibat edit video fitnah bakal bapak mertua tak jadi la nie ye!!!,” katanya di Facebook.

Minggu lalu, Azmin diheret mahkamah atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000 yang termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu.