Foto Instagram Intan Najuwa

KUALA LUMPURĀ  – Kontroversi yang menimpa Intan Najuwa dan Zul Ariffin apabila foto mesra mereka tersebar di media sosial kini memasuki episod baharu.

Ini kerana Intan telah pun memadam beberapa keping fotonya bersama tunang, Razrul Anwar Rulis di Instagram miliknya.

Namun hanya satu gambar sahaja yang ditinggalkan apabila Intan menulis hantaran dia menyayangi tunangnya.

Lebih menimbulkan pertanyaan apabila Intan dan tunangnya tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Setakat ini, Intan masih lagi mengunci mulut dan tiada kenyataan lanjut daripada pihaknya berhubung foto berkenaan. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Zul Ariffin, Intan Najuwa perlu nikah segera