KUALA LUMPUR – Meskipun proses Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru bermula sejam bermula, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yakin calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini akan menang.

Menerusi Twitternya, Teresa berkata, PH akan menang.

“PH akan menang. Jom meraikannya malam ini,” ujarnya.

Karmaine menerima tentangan lima penjuru daripada calon BN Datuk Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Berjasa Datuk Dr. Ir. Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon bebas anak tempatan Pontian iaitu Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS), dengan majoriti 524 undi. – MalaysiaGazette

5 Komen

Comments are closed.