KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok begitu yakin calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini akan menang apabila menciap di laman sosial Twitternya tentang kemenangan tersebut.

Namun sejurus selepas tamat kiraan undi di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai (PRK), status yang ditulis oleh Teresa yang juga Menteri Industri Utama secara tiba-tiba sahaja hilang.

Sebelum Dalam ciapannya pagi tadi, Teresa berkata, PH akan menang.

“PH akan menang. Jom meraikannya malam ini,” ujarnya.

Tidak dapat dipastikan mengapakah ciapan yang ditulis oleh Teresa itu telah dipadamkan atau terdapat penjelasan lain daripada ini.

Ciapan Teresa

Setakat ini walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun calon Barisan Nasional (BN) dikatakan sedang mendahului dengan undi lebih 20,352 jauh meninggalkan calon PH yang mendapat kurang 10,000 undi.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak sendiri sebentar tadi secara menyindir sudah bertanyakan kepada Teresa dalam Facebook beliau di manakah tempat yang akan digunakan oleh pemimpin DAP itu untuk meraikan kemenangan pada malam ini. –MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Jom raikan kemenangan PH malam ini – Teresa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast