Khaidhirah Abu Zahar.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Tanjung Piai adalah tsunami anak muda melawan kerajaan sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar berkata, manifestasi itu perlu dikekalkan.

“Saya mohon manifestasi ini dikekalkan, dan mohon tsunami anak muda untuk terus bersuara melawan kerajaan yang lemah,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bekas pelakon itu, BN perlu mengekalkan rentak merendah diri, istiqomah dan terus perjuangan kepentingan rakyat walau seberapa tinggi kedudukan sebagai pemimpin yang dijulang rakyat.

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, dan kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat. Tahniah! ” ujarnya lagi.

Semalam, PRK Parlimen Tanjung Piai, BN mendapat majoriti yang sangat besar iaitu 15,086, yakni jauh ‘meninggalkan’ calon Pakatan Harapan (PH).

Menurut Khaidhirah, ia adalah satu keputusan di luar jangkaan percaya, momentum mengejutkan itu adalah satu isyarat jelas rakyat yang mahukan kepimpinan yang lebih berkebolehan serta lebih berwibawa.

“Kemenangan ini juga adalah kebangkitan rakyat yang bermula dari kumpulan peneroka dan pekebun kecil, nelayan, kumpulan peniaga kecil, para pekerja swasta, penjawat awam dan orang-orang muda di Tanjung Piai yang mahukan agenda yang lebih jelas untuk kebajikan dan masa depan mereka,” katanya.

Jelasnya, sentimen perkauman yg cuba dimainkan oleh PH sudah tidak boleh di gunapakai dan sentimen agama yang cuba diperjudikan PH juga gagal mencakupi kemahuan rakyat di Tanjung Piai.

“Anak muda hari ini juga lebih celik dalam politik dan bijak memilih kewibawaan, bukan ‘populariti’ semata-mata dalam masa yang sama menjadikan retorik sebagai ‘makanan’ untuk tampak releven di mata rakyat.

“Pastinya BN memberi satu paradigm yang lebih baik dan segar, mencakupi kebajikan setara untuk semua kaum dan masyarakat di Tanjung Piai berbanding kerajaan hari ini yang sebenarnya jelas..sangat mengecewakan.

“Ia akan menjadi kayu ukur kepada BN untuk fahami mesej rakyat tentang naratif sebenar BNl yang lebih ‘solid’ untuk kepentingan kepelbagaian kaum di negara ini,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast