Foto Instagram Saddil Ramdani.

KUALA LUMPUR – Pemain Indonesia, Saddil Ramdani sah akan meninggalkan pasukan Pahang FA pada musim depan.

Dia mengucap selamat tinggal melalui hantaran yang dilakukan melalui Instagram miliknya.

Saddil menyertai skuad Tok Gajah pada awal musim ini untuk mengisi slot pemain import dari rantau ASEAN.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan, pegawai, penyokong Tok Gajah dan rakan sepasukan di Pahang FA.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi pemain asing. Banyak pelajaran yang boleh saya ambil sejak satu tahun kebelakangan ini.

“Pada saya ini adalah peluang yang amat luar biasa. Terima kasih kerana menerima dan memberikan sokongan sepanjang saya menyarung jersi kebanggan rakyat Pahang.

“Saya mendoakan anda semua terus berjaya ke hadapan sehingga tampil juara,” tulisnya.

Pemain berusia 20 tahun itu sering kali digunakan oleh Dollah Salleh di bahagian kiri atau kanan sayap pasukan Pahang sepanjang saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Tampil dalam 21 perlawanan Liga Super, Saddil bagaimanapun hanya menyumbang dua jaringan untuk skuad Tok Gajah.

Merupakan pemain  skuad kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, dia turut dijangka akan menjadi sebahagian daripada anggota skuad Indonesia ke Sukan SEA yang akan berlangsung di Filipina pada penghujung November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast