Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2019.

SEPANG – Cabaran yang dihadapi kerajaan sekarang ialah untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang terpalit pada para pemimpin terdahulu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara isu paling serius yang memerlukan penjelasan dan kefahaman rakyat ialah perkara membabitkan rasuah.

Gejala rasuah yang berleluasa dan menjalar ketika itu secara tidak langsung telah menghakis keyakinan dan kekuatan sahsiah diri, katanya.

“Justeru, kalau hendak pilih pemimpin, jangan pilih yang zalim. Islam sendiri menganjurkan kita memilih pemimpin yang baik dan adil,” katanya berucap pada Bicara Khas Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di sini hari ini.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, daripada segi rasuah, ia bukan saja berlaku dalam kalangan orang Melayu.

Orang bukan Melayu seperti India dan Cina juga terlibat seperti berlaku dalam kes 1MDB, katanya.

“Saya tidak setuju rasuah dimonopoli orang Islam dan Melayu. Contohnya, (rasuah) dalam 1MDB diwakili Melayu, India dan Cina. Kita cukup demokratik dalam kes ini,” ujarnya.

Anwar seterusnya berkata, kekuatan Islam daripada segi rasionalnya tidak memungkinkan munculnya gejala sosial dan maksiat.

Tetapi, katanya, kegiatan itu masih berlaku seperti kes dadah yang menyaksikan ratusan ribu anak muda terlibat dengan najis itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.