Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 19 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan perjumpaan antara beberapa Ahli Parlimen BN dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak wajar kerana membelakangi parti.

Katanya lagi, sepatutnya perbincangan mengenai parti perlu diwakili oleh presiden parti.

“Saya rasa tindakan ini tidak tepat untuk Ahli Parlimen BN ke rumah Azmin tanpa memaklumkan kepada parti dan kepimpinan.

“Kita sudah pun membuat keputusan sebelum ini bahawa sebarang perjumpaan, perbincangan dengan pihak luar, pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan dengan parti, hanya presiden saja diberi mandat.

“Kalau sekiranya perbincangan berkenaan dengan kedudukan parti UMNO, BN dengan pihak kerajaan, mereka telah membelakangi parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Walau bagaimanapun terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan atau tidak.

“Perkara ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti, presiden, Biro Politik, Biro Pengurusan yang menjaga pengurusan parti. Apa-apa keputusan biasanya dirujuk kepada Majlis Tertinggi,” kata Tajuddin.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.